Saturday, March 17, 2012

Currently at Shah Alam


....Assalamualaikum….

Sudah lama tidak menjenguk blog ku ini…. Al maklum laa busy katakan… Emmm straight to the point je lah. Nak taip ayat ber bunga2 tak reti la plak…. Hehehe. Hari ni dah nak masuk 2 minggu berada di Uitm Puncak Perdana, Shah Alam…. Jarak dari rumah agak jauh nun di Kota Bharu sana. So, tak boleh la nak balik rumah tiap2 minggu…. So sad so sad…. ;( Tapi takpe nanti cuti sem boleh balik… kejap je kot…. 3 TAHUN je kat sini…. (ayat penyedap rasa). Area kat sini agak terpencil dari bandar… huhuhu… Kalau nak ulang alik ke bandar Shah Alam kena naik bas.  Kalau nak jalan kaki pom boleh… Tapi tahun depan kot baru sampai… (^^). 




Lupa lak nak story pasal bilik kolej…Pelajar yang baru mendaftar diberi kemudahan kolej. Untunglaa kalau dapat duk kolej… Selesa plak tu… Tapi, dalam keselesaan itu ada jgk terselit kedukaan…. Macam lagu shahir Af8 lak… kebahagiaan dalam perpisahan. Yuran kolej terpaksa dibayar. Tak banyak pun ckit jer.. Rm420.00 hinggit satu kepala bagi yang dapat bilik 2 orang manakala Rm210.oo shaja bagi yang dapat bilik 4 orang. Mimi dapat bilik 2 orang Kolej Jasmine Blok 2A13 Aras 4…Terbaek lahhhhh! Tapi berbaloi lah jgk… dekat dgn fakulti. Nak p kelas pun senang. Berjalan naik turun tangga dalam 3 4 minit da sampai kelas. Kat sini plak banyak haiwan kegemaran mimi yang berkeliaran disini. Macam2 warna dan saiz yang ada. Haiwan yang dimaksudkan ialah kucing. Hehehe.. suka ngat kat kucing2 nih… Meowww… ;)


Bdk sklas mimi lak datang dari pelbagai cawangan. Mi2 sdiri datang dari kampus Machang, Kelantan and the rest of my classmates are from Merbok, Segamat, Sarawak and others branches. Walaupun dah berada kat uitm puncak perdana, UiTM Kampus Machang tetap dihatiku. Kawan2 kat sana tak akan pernah mimi lupakan.  Semoga kita semua sama2 berjaya menuju kejayaan yang diimpikan dalam hidup. Insyaallah… Emmm sampai sini dulu lah coretan mi2 utk kali ni. Kalau ada masa mimi ‘conteng’ lg k. Daaa…..