Friday, February 24, 2012

Sesal Mendua by Klangit

Lagu ni berkisarkan tentang penyesalan seorang kekasih terhadap bekas kekasihnya kerana berlaku curang..... (Padan muka dia...^^)  Menyesal aku tinggalkan kamu, kerana ternyata aku tak mampu menahan sisa azab cintamu... Aduh aduh mana tahan batinku.... lalalala.... ;)


Best dengar lagu ni....
~(^_^)~


p/s: Jagalah hati si dia yang sentiasa menyayangimu.... 

Monday, January 9, 2012

I'm Not Okay


....Assalamualaikum....

Bintik2 merah kelihatan di bawah lengan ku. Euuuuuu... Naek geli geleman den menengoknya. huhuhu. Demam campak kah? Atau demam denggi kah? Nak kata demam xde lak.  Hurmmmmm...  I wonder why. Keesokannya, pergi klinik. Amek darah. Adehhhh.... Sakit wo... ;'( Nurse kata maybe adik ni  kena denggi. Tak terkejut pom. Coz area Taman Desa Telipot memang ada kes denggi ni. Ish3. Ni kes tak jaga kebersihan la nii sampai banyak nyamuk aedes datang 'bertandang' dari rumah ke rumah..... hehehe. Bahaya ngat kalau kena denggi ni. Boleh membawa maut! 



Doc bagi ubat sapu kaler pink (Calamine lotion) dengan ubat telan. Nak tak nak kena la makan. Kegatalan mula terasa ketika mata diri ini mula melabuhkan tirainya a.k.a tidur. Terpaksa la tahan rasa tidak selesa yang menyelubungi diri ku itu. Huhuhuhu.. 



Alhamdulillah... Day by day, bintik merah mulai surut. Everything is okay for the time being. K bye! Annyong.... ^_^

Monday, January 2, 2012

Konsert Five Treasure Island!!!

...Assalamualaikum...

Annyeong-haseyo! Wah3.... Teringin lak nak tengok. Tapi xpelaaa. Tengok dalam mimpi je.. Tapi nak kena pergi Dreamland dulu la..;(  Emmm ada desas desus mengatakan group ni akan mengadakan konsert sulung mereka pada 14 Januari 2012 kat Stadium Negara, Kuala Lumpur jam 8.30 malam. Bestnya kalau dapat tengok.... :)  FT Island ini dianggotai oleh lima jejaka hensem lagi hot iaitu Lee Hongki (vokalis), Lee Jae Jin (bass & lead vocals), Choi Jong Hun (guitar and keyboard), Song Seung Hyun (guitar & vocals) dan Choi Min Hwan (dram). Lagu diorang la yang first time mimi dengar sebelum dengar lagu2 korea laen yang seterusnya. Hehehe... Suka ngat dengar lagu Promise, Hello Hello, I Hope, Missing You, Still/As Ever, Girls Don't Know Love dan banyak lagi. Kalau korang nak tahu Lee Hongki turut berlakon dalam citer Korean yang bertajuk You're Beautiful. Dia pegang watak Jeremy. Best cter nih! I loike... ^_^ Kumpulan yang berasal dari Korea Selatan ni pernah merancang untuk mengadakan konsert suatu ketika dahulu di Malaysia. Tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, terpaksa dibatalkan. Konsert kali ni menjadi la kowt...;) Emmmmmm sape2 yang berminat nak tengok konsert diorang ni boleh la beli tiket. Tak 'mahal' pom harga tiket tuu... Ade la dalam seratus dua.... Murah kan?
Hehehe... Okay bye! ^^



Wednesday, December 7, 2011




...Assalamualaikum...
Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami maksud disebalik apa yang disebut-sebutkan. Sekadar terungkap dibibir, tetapi tidak tersentuh di hati kita selama ini. Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. 


Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Warhamni (sayangi aku)

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)


Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih sayang Allah yang kita terima. Betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita remehkan beitu sahaja. Sampaikanlah rasa syukur kita kepada-NYA.

Wednesday, November 9, 2011

I'm not Okay!

.....Assalamualaikum.....

Sudah lama tak conteng-menconteng belog nih.. Bukan ape, xde mood nk bukak blog.. Entah lari kemana mood2 ku itu...haisshhhh.... Buka blog ni pun just nak sapu debu2 yang ada. Da berhabuk pun...Eish3. Debu2 ni boleh menyebabkan selesema. Then, boleh menyebabkan demam... pastu disusuli dengan batuk lak. uhukhuk. Aaadehh...batuk sudaaa. ;(  Memang seksa nak bernafas kalau batuk nie...nak bercakap pun susah...huhuhu... Pastu, time batuk ni lah ngade2 nak minum air manis yang sejuk, aiskrim la, air tu la, air ni laa... Kadang-kadang tu terminum jugak...Oooopppssss... So, sape2 yang senasib ngan saya boleh la try petua nak merawat batuk kat bawah ni.


  1. Ambil sedikit kerak nasi & rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi. 
  2. Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam  & perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula.
  3. Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum 2 kali seminggu.
  4. Campurkan 2 sudu teh madu lebah dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Minum 3 kali sehari.







I like the last one... InsyaAllah mujarab...
Selamat Mencuba! ^_^