Showing posts with label Hari-Hariku. Show all posts
Showing posts with label Hari-Hariku. Show all posts

Sunday, August 4, 2013

7 months ago

I love recalling those sweet memories happened in my life. It makes me wants to go through those beautiful moments over and over again. Sometimes I wish I owns the time machine to go back to time that I intend to re-experienced the moments where me and my friends were having fun together. Since we seldom met each other, we spend our time together by hanging out to release the feeling of longing from the bottom of our heart... 

BBQ time with friends at my home

To someone... I would prefer to become friend with you. Just friend. From the very first time I sent text to you, I just want to be friend with you but not more than that. I would prefer you to consider me as a friend instead of the 'special one'. I'm sorry for saying this. It just that I'm not ready to open my heart because I'm afraid of being hurt once again...


The heart shape is much more better than previous one... :D


::HeCooksWell::

Thursday, January 3, 2013

...Assalamualaikum 2013...

Pejam celik pejam celik da masuk tahun 2013 daa.... Cepat betul masa berlalu... Terlalu banyak kenangan pahit & manis yang tercipta pada tahun 2012. Emmm ape2 yang buruk kita jadikan sempadan dan yang baek2 jadikanlah sebagai teladan ek....


Order nasi goreng pattaya tak sangka plak dpt shape ni...
Serius sy terkejut! ;))
                             

Busted!

     Awal tahun 2013 ku bermula dengan peperiksaan akhir bagi semester ini di UiTM Puncak Perdana bersamaan dengan 3 Januari (hari ni).... Sempat lagi update blog sebelum berjuang menghadapi ujian ni...huhu. Semoga dipermudahkan bagiku & rakan2ku untuk menjawab peperiksaan akhir bagi semester 3 ini oleh-NYA. Aamin....                 

::APictureTellsAThousandWord::

Friday, August 3, 2012

Berbuka Puasa Bersama. . . . .

....Assalamualaikum....

Syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk terus bernafas di atas muka bumi yang indah ini... ;)
Yesterday, me and my friends berbuka puasa di Restoran Payang Serai. Plan asal nak berbuka at New Horizon Garden Restaurant, unfortunately, it is fully booked. Apa2 pun kitorang enjoy our iftar together.  


Restoran Payang Serai: Serving Thai foods and seafood



Antara hidangan yang menjadi pilihan hati...Emm boleh tahan laaa ❤   




Gathering together: Hopefully we are not forgetting each other!



Hey Ladies: Four of us... :P
Teman bergelak ketawa yang tak akan dilupakan. :))



Antara mereka2 yang berkesempatan untuk berbuka puasa bersama.
Thanks for being such a good friend.




Wajah2 ceria setelah menjamu hidangan yang disediakan.
Mood: Kekenyangan. ;)


Next time kita berbuka puasa bersama lagi yea. InsyaAllah... Hopefully, yang laen2 dapat join so that it is going to be more fun and cheerful! I really miss the moments when we were at school studying, chatting and laughing together. I wish that I could turn back time, but I can't... hu3.
Full of hope that we are not going to forget each other.



::A single rose can be my garden... a single friend, my world. ~Leo Buscaglia:: 

Sunday, July 1, 2012

Final Examination

....Assalamualaikum....

Benar lah ckp2 orang yang penantian itu suatu penyiksaan. Mana tidak seksanya... Gap paper dgn paper exam yang laen agak lama..... hehe... bkn apa pun... Tak sabar nak balik hometown sebenarnya. Itu yang jadi lama tuu.... Hurmmm...agak malas nak menunggu dan menanti. ^^
Pukul 2.15 petang esok ada paper. Sempat lagi ni blogging. Hehehe...Sambil2 tu bolehla release tension study Fundamental Of Entrepreneurship a.k.a ENT300... (agak2 boleh la kot jadi 'usahawan berjaya' jap lagi ). 


~sTuDy MoDe~

Last paper is on 14th July.... Hu3.. T nak balik boleh la tolong pak cik guard tutupkan pintu pagar. Haruslaa kan sebab hari tu yang paling last bdk2 degree kat sini exam... Ish3.... Sabar je laa... Seminggu kemudian da masuk bulan Ramadhan... Tak sabar pulak nk berpuasa & beraya ngan family.... :)

Ada 3 paper je lagi nak kena jawab ni.. Semoga dipermudahkan oleh-NYA segala urusanku & rakan2ku untuk menjawab soalan2 yang patut dijawab dengan jayanya... Insyaallah.


Sunday, May 27, 2012

Jalan2 Cuci Mata... @_@

....Assalamualaikum....

Semalam baru balik dari Batu Pahat, Johor. Mimi n kawan2 bertolak dari Shah Alam menaiki bas. 
Perjalanan memakan masa lebih kurang 4 jam. Sambil2 buat research kitorang p jalan2 area Batu Pahat tuu...Sambil menyelam kitorang minum la air. Banyak betul 'parit' kat Johor nih... ada Parit Raja, Parit Yani, Parit Besar n even Parit Buaya pun ada. Ingatkan orang je yang 'buaya'....Ooooppppss! Destinasi kitorang yang pertama ialah  p ladang cendawan yg dikenali sbg C&C Mushroom Cultivation Farm Sdn Bhd.   Gmbr2 kat bawah ni antara aktiviti kitorang setelah seharian travel di sekitar Batu Pahat, Johor.



Sesi interview dgn Cik Aisha staff pengurusan C&C Mushroom... ;)


Antara Produk diorang yang dipasarkan...
          

Tapau mushroom sikit untuk orang rumah... ^^


Singgah library jap...


Currently at Ayer Hitam: Big hug.... ^_^



Jalan2 area Ayer Hitam...mcm2 kerepek yg ada. ;)


Tired but we all happy to have these good memories together. ^_^

 Pengetahuan tentang proses tanam cendawan yg agak rumit berbanding tumbuhan yang laen kami peroleh. Agak banyak proses yang diperlukan utk penghasilan cendawan nih. Selama ni tahu makan jer...hehehe.. Alhamdulillah. Semua yang dirancang berjalan dengan lancar. Tenkiu Allah... Seharian kitorang jalan2 area Johor tuu. Gembira dapat luangkan masa dgn diorang nih walaupun penat.. Hopefully, dapat luangkan lagi masa dengan diorang ni. InsyaAllah. :))





NotaKaki: Jauh Perjalanan,Luas Pandangan (xdela jauh sgt) ;))

Saturday, March 17, 2012

Currently at Shah Alam


....Assalamualaikum….

Sudah lama tidak menjenguk blog ku ini…. Al maklum laa busy katakan… Emmm straight to the point je lah. Nak taip ayat ber bunga2 tak reti la plak…. Hehehe. Hari ni dah nak masuk 2 minggu berada di Uitm Puncak Perdana, Shah Alam…. Jarak dari rumah agak jauh nun di Kota Bharu sana. So, tak boleh la nak balik rumah tiap2 minggu…. So sad so sad…. ;( Tapi takpe nanti cuti sem boleh balik… kejap je kot…. 3 TAHUN je kat sini…. (ayat penyedap rasa). Area kat sini agak terpencil dari bandar… huhuhu… Kalau nak ulang alik ke bandar Shah Alam kena naik bas.  Kalau nak jalan kaki pom boleh… Tapi tahun depan kot baru sampai… (^^). 




Lupa lak nak story pasal bilik kolej…Pelajar yang baru mendaftar diberi kemudahan kolej. Untunglaa kalau dapat duk kolej… Selesa plak tu… Tapi, dalam keselesaan itu ada jgk terselit kedukaan…. Macam lagu shahir Af8 lak… kebahagiaan dalam perpisahan. Yuran kolej terpaksa dibayar. Tak banyak pun ckit jer.. Rm420.00 hinggit satu kepala bagi yang dapat bilik 2 orang manakala Rm210.oo shaja bagi yang dapat bilik 4 orang. Mimi dapat bilik 2 orang Kolej Jasmine Blok 2A13 Aras 4…Terbaek lahhhhh! Tapi berbaloi lah jgk… dekat dgn fakulti. Nak p kelas pun senang. Berjalan naik turun tangga dalam 3 4 minit da sampai kelas. Kat sini plak banyak haiwan kegemaran mimi yang berkeliaran disini. Macam2 warna dan saiz yang ada. Haiwan yang dimaksudkan ialah kucing. Hehehe.. suka ngat kat kucing2 nih… Meowww… ;)


Bdk sklas mimi lak datang dari pelbagai cawangan. Mi2 sdiri datang dari kampus Machang, Kelantan and the rest of my classmates are from Merbok, Segamat, Sarawak and others branches. Walaupun dah berada kat uitm puncak perdana, UiTM Kampus Machang tetap dihatiku. Kawan2 kat sana tak akan pernah mimi lupakan.  Semoga kita semua sama2 berjaya menuju kejayaan yang diimpikan dalam hidup. Insyaallah… Emmm sampai sini dulu lah coretan mi2 utk kali ni. Kalau ada masa mimi ‘conteng’ lg k. Daaa…..

Monday, January 9, 2012

I'm Not Okay


....Assalamualaikum....

Bintik2 merah kelihatan di bawah lengan ku. Euuuuuu... Naek geli geleman den menengoknya. huhuhu. Demam campak kah? Atau demam denggi kah? Nak kata demam xde lak.  Hurmmmmm...  I wonder why. Keesokannya, pergi klinik. Amek darah. Adehhhh.... Sakit wo... ;'( Nurse kata maybe adik ni  kena denggi. Tak terkejut pom. Coz area Taman Desa Telipot memang ada kes denggi ni. Ish3. Ni kes tak jaga kebersihan la nii sampai banyak nyamuk aedes datang 'bertandang' dari rumah ke rumah..... hehehe. Bahaya ngat kalau kena denggi ni. Boleh membawa maut! 



Doc bagi ubat sapu kaler pink (Calamine lotion) dengan ubat telan. Nak tak nak kena la makan. Kegatalan mula terasa ketika mata diri ini mula melabuhkan tirainya a.k.a tidur. Terpaksa la tahan rasa tidak selesa yang menyelubungi diri ku itu. Huhuhuhu.. 



Alhamdulillah... Day by day, bintik merah mulai surut. Everything is okay for the time being. K bye! Annyong.... ^_^

Monday, January 2, 2012

Konsert Five Treasure Island!!!

...Assalamualaikum...

Annyeong-haseyo! Wah3.... Teringin lak nak tengok. Tapi xpelaaa. Tengok dalam mimpi je.. Tapi nak kena pergi Dreamland dulu la..;(  Emmm ada desas desus mengatakan group ni akan mengadakan konsert sulung mereka pada 14 Januari 2012 kat Stadium Negara, Kuala Lumpur jam 8.30 malam. Bestnya kalau dapat tengok.... :)  FT Island ini dianggotai oleh lima jejaka hensem lagi hot iaitu Lee Hongki (vokalis), Lee Jae Jin (bass & lead vocals), Choi Jong Hun (guitar and keyboard), Song Seung Hyun (guitar & vocals) dan Choi Min Hwan (dram). Lagu diorang la yang first time mimi dengar sebelum dengar lagu2 korea laen yang seterusnya. Hehehe... Suka ngat dengar lagu Promise, Hello Hello, I Hope, Missing You, Still/As Ever, Girls Don't Know Love dan banyak lagi. Kalau korang nak tahu Lee Hongki turut berlakon dalam citer Korean yang bertajuk You're Beautiful. Dia pegang watak Jeremy. Best cter nih! I loike... ^_^ Kumpulan yang berasal dari Korea Selatan ni pernah merancang untuk mengadakan konsert suatu ketika dahulu di Malaysia. Tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, terpaksa dibatalkan. Konsert kali ni menjadi la kowt...;) Emmmmmm sape2 yang berminat nak tengok konsert diorang ni boleh la beli tiket. Tak 'mahal' pom harga tiket tuu... Ade la dalam seratus dua.... Murah kan?
Hehehe... Okay bye! ^^



Wednesday, November 9, 2011

I'm not Okay!

.....Assalamualaikum.....

Sudah lama tak conteng-menconteng belog nih.. Bukan ape, xde mood nk bukak blog.. Entah lari kemana mood2 ku itu...haisshhhh.... Buka blog ni pun just nak sapu debu2 yang ada. Da berhabuk pun...Eish3. Debu2 ni boleh menyebabkan selesema. Then, boleh menyebabkan demam... pastu disusuli dengan batuk lak. uhukhuk. Aaadehh...batuk sudaaa. ;(  Memang seksa nak bernafas kalau batuk nie...nak bercakap pun susah...huhuhu... Pastu, time batuk ni lah ngade2 nak minum air manis yang sejuk, aiskrim la, air tu la, air ni laa... Kadang-kadang tu terminum jugak...Oooopppssss... So, sape2 yang senasib ngan saya boleh la try petua nak merawat batuk kat bawah ni.


  1. Ambil sedikit kerak nasi & rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi. 
  2. Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam  & perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula.
  3. Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum 2 kali seminggu.
  4. Campurkan 2 sudu teh madu lebah dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Minum 3 kali sehari.







I like the last one... InsyaAllah mujarab...
Selamat Mencuba! ^_^


Wednesday, September 21, 2011

Lawatan Sehari Ke Terengganu


Currently at Crystal Mosque ( Islamic Civilisation Park)

                                                 As salam semua....
Sudah lama tak  jalan2 ngan kawan2 naek bas nih. Pada 9 September 2011 yang lalu mimi & kawan2 ada lawatan ke Masjid Kristal @ Terengganu. First time kot datang sini. Emmm on that day, kitorang bertolak kira2 pukul 8 pagi dengan 3 buah bas UiTM bersama 3 pensyarah & kira2 90 orang pelajar….. 



Masjid Kristal
Lawatan ni diwajibkan untuk semua pelajar yang ambik subjek pemikiran keluarga Islam a.k.a HKR… Ikut perancangan asalnya nak melawat muziun dengan Taman Tamadun Islam. Tapi disebabkan kitorang kesuntukan masa, tak sempat nak melawat muzium hari tu…Tak de rezeki kan…nk buat camne… T_T Then, kitorang just moving around at crystal mosque. 



sampai daa

Kira2 kul 3 ptg kitorang naek bot menyeberangi sungai Terengganu….wahhh da lama tak naek bot nih…!  Masa tu kitorang diberitahu serba sedikit pasal area kat c2 oleh 2 orang abg yang ada dalam bot tuu… Untuk pengetahuan korang, kat area tu ada pulau duyung, pulau tengkorak, pulau mayat n so on. Emmm kalau nak tahu dengan lebih lanjut korang boleh tanya pak cik Google ek. Hehehe…^^





in the boat
Tapi malangnya masa naek bot tu hujan plak…so, tak dapat nak menikmati sangat suasana naek bot tuu…huhuhu….Then, kitorang p cari makan dulu sebelum msuk ke TTI  sebaab nak mengenyangkan perut yang agak lapar nih…  tunggu punya tunggu akhirnya sampai la jugak makanan..(adela dalam sejam lebih menunggu!)….servis tak bagus langsung…lama kot tunggu. Nak marah pun ada. Meja yang order last dapat dulu…haishhhhh…sabar je laaa…perut punya pasal tunggu je la.



with Ustazah Rokiah & Zuraida

Da siap makan kitorang terpaksa rushing nak masuk ke taman monumen…iye la sebab da lewat kan. Ada beberapa minit je lagi nak ttup…cdey2. At that time, kitorang ambik gambar banyak2….hehehe….kat sana ada banyak replika masjid yang ada kat seluruh dunia ni… Terpesona sangat dengan keindahan binaan replika ni sumer. 
 


Taman Monumen


 Masjidil Haram

Xian's Mosque, China


Great Mosque of Agadez, Niger


Masjid Sulaiman, Turki


Masjid Nabawi

Abu Nasr, Pakistan


                       Best giler dapat keliling seluruh dunia ni...^^
Hopefully, dapat berkunjung lagi ke sini dengan family & kawan2....
~(^__^)~

Sunday, September 4, 2011



.......Assalamualaikum......


Hari ni da masuk hari ke-6 umat Islam menyambut lebaran setelah  sebulan berpuasa. Baru hari ni sempat berblogging….. Al maklumlaa  bz 
katakan....hehehe...Emmmm nak kata beraya sakan tu tak la jugak...beraya ala kadar jer..(iye2 la tuuu)....mana tak nye, sisa2 assignments & test yang ada masih dalam ingatan. huhuhuhu.... pastu Final Exam plak bakal menyusul... nak tak nak kena la study...nasib baek la final exam sem ni ada 4 paper jer...sempat la jgk nk study last minute.....hehe..berbalik pada hari2 raya yang mi2 tempuhi utk beberapa hari yang lalu..... kalau first day raya biasanya balik kampung kat Guchil, Kuala Krai. tapi tahun ni tak... my family decide nak balik third day  of  hari raya bagi tahun ni....first day raya mimi & family pergi ke rumah saudara mara & kawan2 kat area Kaybee ni... 
                                                                                              


first day raya: sempat lagi bergambar ngan umi, baba, sai & ariana
^_^



@rumah dAto' ngan family....


Second day raya plak buat open house..... agak  ramai  jgk la kwn2 yang bertandang rumah.... dapat la jugak berjumpa diorang yang da lama xjumpa ni…thanks ya sebab sudi datang..ada yang nak datang tapi tak leh nak datang. Tak de transport katanya. Takpe2 laen tahun ada lagi..huhuhu…..


Juadah hari raya ke-2…yummy~



Antara mereka2 yang datang beraya…

Third day raya a.k.a 3rd Syawal, mimi & family pergi ke labok  coz ada family day.Sekaligus berjumpa dengan sanak saudara disana…Bertolak ke sana dalam pkul 10 pagi….Otw nk ke sana jalan raya agak jam. So, terpaksa la berpanas dalam kereta untuk beberapa jam ‘sekejapnya’..(neraka lagi HOT k)…Dalam kul 1 baru sampai ke destinasi yang ingin dituju…Perggghhhh ramai gler kot orang2 disana…Iyelakan nama lagi family day…dah sah2 la satu family yang datang….sampai sana wakil setiap family kena daftar…kat sana ada aktiviti bergambar kenangan bersama keluarga & sanak saudara masing2… pastu ada banyak makanan yang disediakan untuk tetamu…ada tu ada ni…hehehe.Majlis tu diakhiri dengan doa & selawat oleh  keturunan Hj Ali kampong Labok ni….


Majlis karnival aidilfitri keturunan Hj Ali Labok




Tak ramai mana pun ketuRunan yang ada…..^^




Hehehe….sempat lagi pose tgh2 panas nih….



Emmm rasa2 nya setakat nilah dlu saya conteng-menconteng blog nie….hehehe….Mood raya pom da xde ni sbb da sampai machangster da pun petang tadi.. Nak kena menghadap assignment,test & final exam plak….huhuhu...


Selamat Hari Raya awak2 sumer..Mohon ampun & mAaf dari hujung rambut hingga hujung kaki...

~(^_^)~








Monday, August 29, 2011

Break Fast at McDonald~


I would like to share on whatever happened in my life yesterday….Especially when it comes to meet friends of mine. We have decided to break our fast together at Mc Donald situated at New Castle a.k.a Kota Bharu. I have not seen them for a long time, so we planned to meet there. We have not seen each other since our previous school time in form 5… Since then, all of my friends took their own path in pursuing their studies.. We always seeing each other but just in facebook….^^ Emmmm let’s get back to my story, usually, we used to meet at Kaybee Mall but for this time we have decided to meet at other places..  We finally met there to break our fast together. However, not all of my friends managed to come. Huhuhu….I did took some pictures when we were there..You may scroll down to see those pictures… ^_^






It’s great being with you guys! 
   Hopefully we can meet again…. 
   ~(^__^)~